Tuesday, November 21, 2006

Menyepi seketika

Sudah lama aku meninggalkan zaman blog ini. Sudah 2 tahun aku tidak memblog. Dan hari ini genap sudah 2 tahun 3 bulan dan 1 hari aku bergelar isteri kepada seorang suami yang begitu menyayangi aku. Tapi, buat masa ini kami belum lagi dikurniakan cahaya mata, dan kami sentiasa berdoa supaya kami dikurniakan anak yang ramai , soleh, solehah serta sempurna. Alhamdulillah dan insya allah semoga hubungan ini berkekalan hingga ke dalam syurga. Amin.

Dulu masa aku masih anak dara, rajin jugak aku memblog. Tapi setelah berkawin ni kerja dan tugas sebagai seorang isteri semakin banyak dan kerja di pejabat juga bertambah. Mulai hari ini aku akan terus memblog, insya allah.

Walaupun aku sudah lama tidak memblog, tapi aku masih singgah di blog kawan2 ku tiap2 hari. Itu pun kalau akau tak sibuk. Sekarang ni aku dah jaga bahagian kewangan, jadi kerja bertambah berat. Pening kepala bila pikirkan pasal customer2 ni. Tak syok ler cete pasal keje.

Actually banyak sangat cete, nanti ler bile berkesempatan aku akan bukak satu persatu cerita. Nanti continue, customer call ada prob...uuuuwwaaaa...tension....

** tahniah buat 'baby' kerana telah berjaya dapat 5A -UPSR bebaru ni. Nak hadiah ape? **


No comments: