Wednesday, November 22, 2006

MC

Semalam aku mc. Bukan nyer aku tak sihat sangat cuma perlu buat check up seperti biasa. Hubby aku pun mc sama semalam. Kami pegi jumpa panel sesama. Tapi hubby aku memang tak berapa sihat. Aku ok ajer sebenar nyer. Hubby batuk + demam actually, tp suh makan ubat tak mo plak tuh. Kesian bile tgk dia batuk.

Kami membuat aktiviti bersama-2 semalam. syok nyer dah lama aku tak menjalankan actvt bersama ngan hubby. Bukan nyer aper sejak lepas raya hari tu, kami sibuk pegi rumah terbuka and kenduri sana sini. So, kami jarang luangkan masa bersama buat seketika. Walaupun dia sentiasa ada di depan mata aku. tapi tu ler kami kurang luangkan masa bersama ....ekeke.

Banyak keje ler plak hari ni. Boss dah panggil. Nanti kang aku sambung lagi.

Tuesday, November 21, 2006

Menyepi seketika

Sudah lama aku meninggalkan zaman blog ini. Sudah 2 tahun aku tidak memblog. Dan hari ini genap sudah 2 tahun 3 bulan dan 1 hari aku bergelar isteri kepada seorang suami yang begitu menyayangi aku. Tapi, buat masa ini kami belum lagi dikurniakan cahaya mata, dan kami sentiasa berdoa supaya kami dikurniakan anak yang ramai , soleh, solehah serta sempurna. Alhamdulillah dan insya allah semoga hubungan ini berkekalan hingga ke dalam syurga. Amin.

Dulu masa aku masih anak dara, rajin jugak aku memblog. Tapi setelah berkawin ni kerja dan tugas sebagai seorang isteri semakin banyak dan kerja di pejabat juga bertambah. Mulai hari ini aku akan terus memblog, insya allah.

Walaupun aku sudah lama tidak memblog, tapi aku masih singgah di blog kawan2 ku tiap2 hari. Itu pun kalau akau tak sibuk. Sekarang ni aku dah jaga bahagian kewangan, jadi kerja bertambah berat. Pening kepala bila pikirkan pasal customer2 ni. Tak syok ler cete pasal keje.

Actually banyak sangat cete, nanti ler bile berkesempatan aku akan bukak satu persatu cerita. Nanti continue, customer call ada prob...uuuuwwaaaa...tension....

** tahniah buat 'baby' kerana telah berjaya dapat 5A -UPSR bebaru ni. Nak hadiah ape? **